half of my life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

sufi nur asdalila qismina

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Suhaid Ahmadirraqib

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 22, 2010

kencing tak lawas....


sy nak bertanye...klu rasa sakit dan tk selesa ms dah dkt2 nk abis buang air kecil..nape ek?
sy ketemu jwpnnyer di bawah ini...huhuuu...kencing tak tus/tak lawas..
so, kena minum air barli + limau lah time berbuke nanti...

gugel
here

Masalah kencing tak lawas sering terjadi pada wanita yang sudah berkahwin. Ia dipanggil urinary tract infection dan amat biasa dan kerap berlaku.


Untuk masyarakat timur, kebanyakan kes berpunca dari amalan kebersihan yang tidak rapi dan terjadinya jangkitan kuman dari tempat tandas awam ataupun melalui persetubuhan. Jika tidak dijaga ia boleh menjadi lebih tenat dan keradangan boleh terbentuk di bahagian pelvic dan kesakitan yang teramat sangat berlaku lantaran kuman yang merebak.


Untuk mengatasi masalah ini anda dinasihatkan.

1. Menjaga kebersihan faraj.
Selepas buang air kecil basuh dengan air. Basuh kemaluan dahulu sebelum membasuh dubur. Lapkan dengan tisu dan jangan biar ia lembap. Pakai pantyliners atau tisu bila ada kelembapan dan buangkan pantyliners yang kotor.

2. Selepas haid, setiap hari buat seminggu pakai alat pembasuh alat sulit seperti vaginal wash Lactacyd. Ia boleh dibeli di farmasi. Jika teruk, gunakan alat khas untuk pamkan vaginal wash yang dicampurkan 2/3 air suam kuku ke dalam faraj. Lapkan faraj kering. Tujuannya ialah untuk memulangkan keadaan asidik ke bahagian faraj supay bakteria sihat boleh membiak di situ dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat.


3. Amalkan peminuman yakult atau vitagen. Anda juga boleh meminum satu sudu kecil apple cider vinegar yang dicampur dengan honey setiap hari.


4. Amalkan memakan ulam-ulaman, sayur2an separa masak .


5. Makan vitamin c 1000 mg setiap hari serta vitamin E 400 IU setiap hari.


6. minum air barley campur limau nipis banyak2 setiap hari.


7.buat exercise 'kemut-kemut'. Baring, angkat dan bengkokkan lutut, tarik nafas panjang dan mulakan kemut-kemut. Senaman ni boleh membantu masalah asyik rasa nak kencing ni
di samping mengetatkan organ senggama tu.



petua saya : selepas membuang ayor kecil tu berdehem2 atau terbatuk2 lah sedikit....agar ayor kecil tu dapat keluar dgn habisnyer...masalah n problemo nyer di sini saya adalah rase tak selesa bile nak dekat abis buang ayor kecil tu....tapi smlm jer lah...hari ni ok2 ajee...agaknyer tu yg jadik pnyebab demam saya smlm tu...



adios...ummi dalila

3 comments:

  1. ad kene kencing tak lawas ni awal2 kawin dulu....pas tu baru2 ni masa awal mengandung tu kene lagi....kot2 kak su ada isi kot.....hehehehhe

    ReplyDelete
  2. hohohooo...ishyy..nk kna pi cek nih..ahhaaa

    ReplyDelete